Malaysia
Sekolah cuti lima hari sempena Deepavali

Warga sekolah di seluruh negara bakal menikmati cuti panjang sempena sambutan Deepavali tahun ini.
Ia susulan daripada pengumuman cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya disambut pada Isnin, 20 Oktober ini.
Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, cuti tambahan itu diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak.




