Malaysia
Shahrul Nasrun direhatkan tugas susulan terpalit kontroversi dengan bekas isteri

Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin direhatkan sementara daripada tugas susulan kontroversi tular melibatkan dakwaan bekas isterinya.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada Shahrul menyelesaikan urusan peribadinya yang menarik perhatian umum.
Kontroversi bermula selepas bekas isterinya, usahawan Amyera Zainal, membuat beberapa dakwaan di Instagram beberapa hari selepas pertunangan Shahrul dengan Meerween Hanees Natasha Meeat pada 25 Oktober.
Shahrul kemudian menafikan semua dakwaan dan menyatakan kekesalan kerana hal peribadinya menjadi tumpuan awam.




