JD Vance balas keras kritikan terhadap kepercayaan Hindu isterinya; pertahan perkahwinan antara agama

WASHINGTON:
Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance tampil mempertahankan dirinya selepas menerima kritikan berhubung kenyataannya mengenai kepercayaan agama isterinya, Usha Vance, yang beragama Hindu.
Vance menyifatkan reaksi negatif dalam talian sebagai “menjijikkan” dan menuduh pengkritiknya mempromosikan kebencian terhadap Kristian.
Dalam satu hantaran di media sosial, beliau menegaskan bahawa isterinya tidak berhasrat untuk memeluk agama Kristian, namun beliau tetap berharap suatu hari nanti isterinya akan melihat kepercayaan itu sebagaimana dirinya.
Tambahnya, mereka memilih untuk membesarkan anak-anak sebagai penganut Kristian, sambil menghormati kebebasan beragama isterinya.
Vance menegaskan, perkahwinan berbeza agama hanya dapat bertahan dengan rasa hormat, kasih sayang dan kepercayaan antara pasangan.




