Dunia

Jakarta semakin tenggelam, pakar cadang tanam pokok bakau jadi benteng hakisan ombak

Jakarta kini semakin tenggelam, dengan paras air laut di Pantai Mutiara, Jakarta Utara sudah berada lebih tinggi daripada kawasan daratan sekitarnya.

Air hanya ditahan oleh tembok penahan pantai, dan tanpa struktur ini, ia boleh melimpah masuk ke kawasan penempatan.

Penyelidik negara (BRIN) melaporkan bahawa beberapa bahagian Jakarta sedang tenggelam antara 10 hingga 30 sentimeter setiap tahun.

Keadaan menjadi semakin berisiko apabila kenaikan air laut, ombak besar, dan tiupan angin bergabung dengan kadar penurunan tanah yang drastik.

Disebabkan itu, pakar menegaskan tembok penahan pantai perlu dinaikkan secara berkala bagi mengimbangi daratan yang terus turun dan paras air laut yang semakin meningkat.

Selain kejuruteraan, penyelesaian berasaskan alam turut disarankan, termasuk penanaman semula pokok bakau untuk mengurangkan kekuatan ombak sebelum ia mencecah pantai.

Pengawalan penggunaan air bawah tanah juga perlu diperketat bagi memperlahankan kadar penenggelaman yang kini semakin kritikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker