Malaysia

Faisal Halim dan isteri bercerai talak dua

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Jumaat.

Lafaz pertama dibuat pada 11 Jun lalu sebelum pasangan itu kembali rujuk pada hari sama, manakala lafaz kedua berlaku pada 10 November dan turut disahkan mahkamah.

Peguam Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, memaklumkan kedua-dua pihak sedang berbincang mengenai tuntutan hak jagaan anak dan harta sepencarian.

Syazwani sebelum ini memfailkan perceraian pada 2 September, namun hubungan mereka sempat menunjukkan tanda pemulihan apabila kedua-duanya memuat naik foto bahagia di media sosial.

Namun, petanda masalah kembali muncul pada 10 Novembe lepas. Pasangan ini berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker