Dunia
Kaabah bersinar jelas dari angkasa berjarak 400 km dari bumi

Imej Kaabah yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada ketinggian sekitar 400 kilometer mencuri perhatian dunia apabila menampilkan Kaabah sebagai titik paling terang di tengah Kota Makkah.
Gambar beresolusi tinggi itu diambil oleh angkasawan NASA, Don Pettit, yang terkenal dengan kepakaran imejan angkasa.
Melalui tingkap Cupola ISS, beliau merakam pemandangan bandar Makkah pada waktu malam dengan Kaabah jelas bersinar menjadi pusat cahaya yang menonjol dari orbit.
Imej berkenaan tular di media sosial kerana memperlihatkan betapa terang dan terserlahnya lokasi paling suci umat Islam itu walaupun dilihat dari ruang angkasa jauh di atas Bumi.




