Dunia

Gajah liar dibakar hidup-hidup, tiga lelaki ditahan

Polis Sri Lanka menahan tiga lelaki berusia antara 42 hingga 50 tahun kerana disyaki membakar seekor gajah liar hingga mati dalam satu kejadian yang mencetuskan kemarahan ramai selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Ketiga-tiga suspek ditahan di daerah Anuradhapura, kira-kira 200 kilometer di utara Colombo, dan didakwa atas kesalahan kekejaman terhadap haiwan. Mereka direman sehingga 24 Disember bagi membantu siasatan.

Pihak berkuasa hidupan liar memaklumkan gajah berkenaan mati walaupun usaha menyelamat dilakukan oleh doktor veterinar.

Gajah dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang Sri Lanka dan pembunuhan haiwan itu merupakan kesalahan jenayah berat.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kira-kira 400 ekor gajah dan 200 manusia dilaporkan terbunuh setiap tahun yang berpunca daripada perluasan penempatan, pertanian dan pembangunan ke kawasan habitat hidupan liar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker