Malaysia
Pasport keluaran 2026 berwarna biru gelap adalah palsu – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan kesahihan imej reka bentuk baharu pasport dan MyKad yang tular di media sosial, dan menegaskan ia bukan keluaran rasmi kementerian.
KDN memaklumkan visual berkenaan tidak sahih serta tidak menggambarkan reka bentuk sebenar dokumen pengenalan baharu seperti didakwa.
Kementerian menjelaskan sebarang maklumat rasmi mengenai reka bentuk dan ciri keselamatan pasport serta MyKad hanya akan diumumkan menerusi saluran komunikasi rasmi.




