Dunia
Feri tenggelam: 13 maut, 100 lagi hilang di selatan Filipina
Sekurang-kurangnya 13 mayat ditemui manakala lebih 100 individu masih hilang selepas sebuah feri yang membawa lebih 300 penumpang dan anak kapal tenggelam awal pagi Isnin di perairan Basilan, selatan Filipina.
Feri itu dilaporkan dalam perjalanan dari Zamboanga City ke Pulau Jolo, Sulu sebelum karam berhampiran Pulau Balukbaluk di daerah Hadji Muhtamad.
Puluhan mangsa berjaya diselamatkan oleh Pengawal Pantai, tentera laut dan bot nelayan, namun jumlah sebenar yang terselamat masih disahkan.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan menggunakan aset udara dan laut walaupun keadaan laut bergelora, sementara punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.




