Juruteknik IT dibebas pertuduhan kes cabul pengurus restoran di Mont Kiara

Seorang juruteknik teknologi maklumat (IT) dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada pertuduhan mencabul pengurus restoran wanita, dua tahun lepas.
Majistret Faezahnoor Hassan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Mahkamah mendapati rakaman CCTV menunjukkan tiada sentuhan fizikal berlaku, selain keterangan mangsa bercanggah dengan bukti video dan laporan sendiri.
Tertuduh, Lim Wei Lun, 32, didapati hanya melalui laluan belakang mangsa untuk mengisi air dan mengambil makanan.
Lim sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kejadian di sebuah restoran di Jalan Solaris 3, Mont Kiara pada 5 Mei 2024.
Selepas keputusan itu, mahkamah memulangkan wang jaminan RM3,000. Pendakwaan dikendalikan Nur Farhana Mohamad Poad, manakala tertuduh diwakili Sivahnanthan Ragava.




