Malaysia

687 kuil dibina tanpa kebenaran: Sultan Selangor mahu isu dimuktamadkan

Sultan Selangor menitahkan supaya isu pembinaan kuil tanpa kebenaran di negeri ini dihentikan dan dimuktamadkan susulan jumlah yang semakin tinggi serta berlarutan sejak sekian lama.

Istana Selangor memaklumkan, sehingga 31 Januari 2026 terdapat sebanyak 687 kuil Hindu dibina tanpa kelulusan, melibatkan 388 kuil di atas tanah kerajaan dan 299 di tanah persendirian.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Haji Mohamad Munir Bani, angka itu disifatkan tinggi berbanding populasi masyarakat India beragama Hindu di Selangor.

Sultan Selangor menekankan setiap pembangunan, termasuk rumah ibadat, mesti mematuhi perundangan, tadbir urus yang baik dan perancangan bandar yang teratur bagi mengelakkan pencerobohan tanah serta konflik antara penganut agama yang boleh menjejaskan keharmonian negeri.

Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan turut diingatkan supaya memproses permohonan pembinaan rumah ibadat secara telus dan adil, selain memperketat pemantauan bagi membanteras pembinaan tanpa kebenaran.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker