DuniaSukan

10,000 kondom habis ‘licin’ di Perkampungan Olimpik, atlet dedah realiti sebenar

Bekalan kondom percuma di Perkampungan Atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan-Cortina terpaksa ditambah semula selepas kehabisan lebih awal berikutan permintaan tinggi.

Jawatankuasa penganjur Itali memaklumkan stok baharu diagihkan semula bermula Sabtu hingga Isnin bagi memastikan stok mencukupi sehingga majlis penutup 22 Februari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Mark Adams, berkata kira-kira 10,000 kondom telah digunakan setakat ini membabitkan 2,800 atlet, sambil menyifatkan situasi itu mencerminkan suasana Hari Valentine di perkampungan atlet.

Atlet ski alpine Madagascar, Mialitiana Clerc, berkata, kondom sering dijadikan “buah tangan” untuk rakan-rakan di luar temasya, selain digunakan di perkampungan atlet.

Tradisi pemberian kondom kepada atlet sudah lama diamalkan, malah pada Olimpik Paris 2024 sebanyak 300,000 kondom disediakan untuk lebih 10,500 atlet.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker