Dunia
Thailand kenakan caj perkhidmatan RM140 kepada pelancong bermula Jun

Penumpang antarabangsa yang berlepas dari enam lapangan terbang utama Thailand akan dikenakan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) baharu sebanyak 1,120 baht (kira-kira RM140) bermula 20 Jun 2026.
Kenaikan itu diluluskan pihak berkuasa penerbangan Thailand bagi menggantikan kadar lama 730 baht. Airports of Thailand (AOT) memaklumkan caj baharu diperlukan bagi menampung kos operasi dan projek naik taraf infrastruktur.
PSC berkenaan dikenakan di lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Mae Fah Luang Chiang Rai, Phuket dan Hat Yai.
Kenaikan itu dijangka menjana tambahan sehingga 13 bilion baht setahun bagi membiayai projek pembangunan termasuk terminal baharu dan penambahbaikan sistem daftar masuk.




