Malaysia
Musim bencana: Bekalan beras cukup lebih 5 bulan

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bekalan beras negara mencukupi dan mampu menampung keperluan rakyat sehingga 5.45 bulan sekiranya berlaku bencana.
Sehingga 3 Februari lalu, stok fizikal beras direkodkan sebanyak 1,089,285 tan merangkumi 200,000 tan stok penimbal dan 889,285 tan stok dagangan dalam pasaran.
Bagi memperkukuh keterjaminan makanan, kementerian melaksanakan projek rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun melibatkan 3,000 hektar di bawah MADA bermula 2024.



