Malaysia

Dua polis bantuan ‘suap’ dadah kepada 47 klien Puspen dikenakan tatatertib

Dua anggota polis bantuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang disyaki membekalkan dadah kepada 47 klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Serdang, Kedah, akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kedua-duanya telah dikeluarkan dari Puspen Serdang dan ditukarkan ke AADK Kedah sementara siasatan dijalankan.

Siasatan mendapati tiga anggota sokongan terbabit, dengan seorang telah dipecat pada Oktober tahun lalu selepas positif dadah dan terbukti membekalkan bahan terlarang.

Dua lagi, walaupun negatif ujian saringan, didapati terlibat dan bakal berdepan tindakan tatatertib.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker