Dunia
Serangan Asia Barat: Erdogan gesa gencatan senjata disegerakan

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menggesa pertumpahan darah di Asia Barat dihentikan dan menyatakan kesediaan negaranya membantu usaha gencatan senjata antara AS, Israel dan Iran.
Beliau menegaskan Turkiye menyokong keamanan serta menolak konflik, selain menyifatkan serangan AS dan Israel ke atas Iran sebagai tidak sah dan menjejaskan orang awam.
Turkiye akan mempergiat usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan. Turkiye yang berkongsi sempadan dengan Iran tidak terjejas secara langsung setakat ini.




