Malaysia
Sebelum atau selepas Raya? Tarikh keputusan SPM diumum Isnin depan

Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka mengumumkan tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada Isnin depan.
Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad, memaklumkan semua persiapan berkaitan pengumuman keputusan telah selesai, namun tarikh rasmi masih dimuktamadkan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Beliau berkata beberapa cadangan tarikh telah dibincangkan bersama Menteri Pendidikan sebelum keputusan akhir dibuat.




