Malaysia
Sathiya tidak sedarkan diri di Hospital Ampang, kesihatan merosot

Pelakon dan pelawak veteran, Sathiya, 62, kini tidak sedarkan diri dan dirawat di zon kuning Hospital Ampang selepas dikejarkan ke hospital awal pagi tadi.
Menurut anaknya, Amani, bapanya dibawa ke hospital kira-kira jam 1.30 pagi selepas mengalami pening kepala, muntah serta gagal berkomunikasi dengan jelas.
Pemeriksaan doktor mendapati Sathiya perlu menjalani pembedahan bagi memotong semula kaki kirinya, kali ini di atas paras lutut, bagi mengelakkan jangkitan kuman daripada merebak.
Difahamkan, kaki kanan pelakon itu turut mengalami bengkak serius dan keadaannya kini masih dipantau pakar ortopedik.




