Malaysia
Anand Raj dipilih ketuai Majlis Peguam 2026/2027

Anand Raj dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam bagi penggal 2026/2027, menggantikan Mohamad Ezri Abdul Wahab.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-80 Badan Peguam Malaysia pada Sabtu, Murshidah Mustafa dipilih sebagai Timbalan Presiden, R. Jayabalan sebagai Setiausaha dan Peter-Douglas Ling sebagai Bendahari. Seramai 433 ahli menghadiri mesyuarat tersebut.
Anand yang sebelum ini Naib Presiden berkata barisan kepimpinan baharu mencerminkan kesinambungan kerana setiap ahli naik satu peringkat daripada jawatan dalam penggal lalu.
Dalam mesyuarat itu, 11 usul dibincangkan dengan sembilan diluluskan termasuk cadangan memisahkan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memperkukuh keyakinan awam terhadap sistem keadilan.




