Dunia
Tolak gencatan senjata, Iran bertegas tundukkan AS-Israel

Mojtaba Khamenei dilaporkan menolak cadangan gencatan senjata dengan Amerika Syarikat, sebaliknya bertegas untuk meneruskan tekanan terhadap AS dan Israel sehingga mencapai kemenangan.
Keputusan itu dibuat ketika Iran mengesahkan kematian Ketua Keselamatan Negara, Ali Larijani, dalam serangan disasarkan Israel yang turut mengorbankan anaknya.
Konflik kini semakin memuncak dengan siri serangan balas antara kedua-dua pihak, mengorbankan ribuan nyawa di Iran, Israel dan negara jiran.
Pendirian tegas Tehran menunjukkan tiada tanda konflik akan reda dalam masa terdekat.




