Malaysia
SPM 2025: 13,779 peroleh semua A, 376 dapat A+

Keputusan SPM 2025 menunjukkan peningkatan apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) bertambah baik kepada 4.42 berbanding 4.49 pada tahun sebelumnya, menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad.
Seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A (A+, A dan A-), manakala 376 calon meraih semua A+, meningkat berbanding tahun lalu.
Selain itu, jumlah calon yang sekurang-kurangnya lulus dengan kepujian (gred C) dalam semua mata pelajaran turut naik kepada 92,347 orang berbanding 86,040 pada 2024.




