MalaysiaTeknologi

Gangguan kad debit CIMB selama 6 hari bermula esok

Pengguna kad debit CIMB Bank Berhad dinasihatkan bersedia lebih awal susulan gangguan sementara perkhidmatan sepanjang April ini bermula esok.

Dalam satu notis rasmi bertarikh 1 April, pihak bank memaklumkan bahawa semua transaksi menggunakan kad debit CIMB sama ada di premis atau secara dalam talian akan tidak tersedia mengikut jadual penyelenggaraan sistem.

Antara tarikh dan waktu terlibat ialah:
7 April: 12.00 tengah malam hingga 12.30 tengah hari
9 April: 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi
10 April: 12.00 tengah malam hingga 10.00 pagi
16 April: 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi
18 April: 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi
25 April: 12.00 tengah malam hingga 8.00 pagi

Sepanjang tempoh ini, pengguna tidak dapat membuat sebarang pembayaran menggunakan kad debit CIMB.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk merancang pembayaran lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pihak bank juga memohon maaf atas segala kesulitan dan memaklumkan bahawa penyelenggaraan ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker