Iran tidak mahu perang, Trump pula ‘menekan-nekan’

Pemimpin tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei menegaskan negara itu tidak berhasrat berperang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, namun tetap mempertahankan hak serta kedaulatannya.
Kenyataan itu hadir ketika ketegangan memuncak susulan ancaman keras Presiden AS, Donald Trump, yang mendorong Tehran bersetuju dengan gencatan senjata selama dua minggu bagi membuka ruang rundingan.
Dalam masa sama, Iran turut menegaskan sokongan terhadap sekutunya di rantau termasuk di Lubnan, yang terus terlibat dalam konflik dengan Israel.
Walaupun gencatan senjata diumumkan, rakyat Iran diminta kekal bersiap siaga dan tidak leka dengan situasi semasa.
Mojtaba yang dilaporkan cedera dalam serangan terdahulu masih belum muncul di khalayak, manakala spekulasi mengenai keadaannya timbul selepas Trump mempersoalkan status beliau, namun media Iran memaklumkan beliau sedang dalam proses pemulihan.




