Malaysia
Minyak RON95 habis di stesen minyak di Lembah Klang?

Isu kekurangan bekalan RON95 dan diesel mula menjadi perhatian apabila tular di media sosial dakwaan beberapa stesen minyak di Selangor kehabisan stok.
Perkongsian pengguna mendakwa ada stesen hanya menawarkan RON97, manakala sebahagian lagi dilaporkan kehabisan terus RON95 dan diesel.
Situasi itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai, dengan ada yang mula berkongsi langkah berjimat seperti menggunakan pengangkutan awam, berkongsi kenderaan atau mengurangkan perjalanan tidak perlu.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa atau syarikat minyak berhubung dakwaan kekurangan bekalan tersebut.




