Gempar 16 mahasiswa University of Indonesia jadikan pelajar lain sebagai bahan lucah

Kes gangguan seksual melibatkan pelajar Fakulti Undang-Undang di University of Indonesia mula terbongkar sekitar selepas beberapa tangkap layar perbualan dalam group chat tersebar di media sosial.
Siasatan awal mendapati 16 pelajar terlibat dalam perbualan tersebut, dengan sekurang-kurangnya 27 mangsa dikenal pasti, terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar.
Perbualan tersebut mengandungi komen lucah dan penghinaan terhadap wanita, termasuk pelajar serta pensyarah, dengan unsur gangguan seksual secara verbal serta kenyataan berbaur seksual yang menjatuhkan maruah mangsa.
Susulan itu, pihak universiti mengaktifkan pasukan khas pencegahan keganasan seksual (Satgas PPKS) untuk menjalankan siasatan terperinci, termasuk pengumpulan bukti dan pengesahan laporan.
Kesemua 16 pelajar tersebut telah digantung status akademik mereka, dan turut dipanggil tampil secara terbuka di kampus untuk membuat permohonan maaf, dalam situasi yang turut mencetuskan kemarahan pelajar lain.




