Saya mahu pemandu mabuk itu tanggung hidup kami seumur hidup – Isteri mangsa kemalangan Klang

Nor Nadia Abdul Majid, 32, meluahkan kesedihan mendalam selepas kehilangan suaminya, Amirul Hafiz Omar, 32, dalam satu insiden kemalangan dipercayai melibatkan pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang pada 29 Mac lalu.
Nor Nadia berkata hidupnya kini berubah sepenuhnya dan dia terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada tiga anak mereka yang berusia 2 hingga 9 tahun.
Dia turut menyatakan anak-anaknya masih trauma dan kerap bertanya tentang kehilangan bapa mereka, malah anak sulungnya dilihat semakin murung selepas kejadian itu.
Dalam perkembangan kes di Mahkamah Majistret Klang, suspek berusia 28 tahun telah didakwa atas tuduhan membunuh Amirul Hafiz, selain mengaku bersalah terhadap penggunaan dadah ketika kejadian.
Lebih menyentuh hati, Nor Nadia menegaskan dia mahukan keadilan sepenuhnya dan berharap pelaku bertanggungjawab memberi pampasan kepada keluarganya untuk menampung kehidupan anak-anak mereka.




