Ular masuk seluar ketika persembahan, pelancong Jerman maut dipatuk

Seorang pelancong lelaki warga Jerman berusia 57 tahun dilaporkan maut selepas dipatuk seekor ular yang dipercayai merayap masuk ke dalam seluarnya ketika dia sedang menonton satu persembahan di Hurghada, Mesir, pada 27 April.
Menurut polis di negeri selatan Bavaria, mangsa ketika itu sedang menyaksikan persembahan tarian ular di sebuah hotel di destinasi pelancongan popular di pesisir Laut Merah tersebut sebelum insiden tragis itu berlaku.
Siasatan mendapati dua ekor ular digunakan dalam persembahan tersebut dan diletakkan pada leher penonton. Pawang ular kemudian didakwa membiarkan salah seekor ular merayap ke dalam seluar lelaki berkenaan sebelum ia mematuk bahagian kakinya.
Mangsa kemudian dilaporkan meninggal dunia akibat patukan tersebut.




