AGC tolak permohonan Namewee gugur tuduhan dadah

Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak representasi yang dikemukakan oleh penyanyi kontroversi Namewee atau Wee Meng Chee untuk menggugurkan dua pertuduhan berkaitan dadah terhadapnya.
Sebelum ini, Namewee memohon agar pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 digugurkan atau dikurangkan kepada pertuduhan lebih ringan, namun AGC menolak permohonan tersebut dan memutuskan untuk meneruskan pendakwaan.
Pada Januari lalu, Namewee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 0.78 gram sildenafil serta pertuduhan pindaan memiliki 1.57 gram methamphetamine.
Dia sebelum ini ditahan di sebuah hotel di ibu negara sejurus selepas membuat laporan mengenai kematian pempengaruh Taiwan, Hsieh Yun Hsin.




