Rosmah diperintah bayar RM69 juta kepada syarikat barang kemas lubnan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar AS$14.57 juta (kira-kira RM69 juta) kepada syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL.
Tuntutan itu melibatkan 43 barang kemas mewah yang didakwa dihantar kepada Rosmah pada 2018 untuk dinilai sebelum pembelian dibuat, namun tidak dipulangkan kepada syarikat berkenaan.
Rosmah sebelum ini mendakwa barang kemas tersebut telah disita pihak berkuasa dalam serbuan di Pavilion Residences, Kuala Lumpur pada Mei 2018 dan menamakan kerajaan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam kes itu.
Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Quay Chew Soon pada 10 Jun selepas mahkamah membenarkan tuntutan syarikat berkenaan untuk mendapatkan semula nilai penuh barang kemas yang hilang.



