“Saya suka inflasi” – Kenyataan Trump dikecam ketika harga barang melonjak

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerima kecaman hebat selepas mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya suka inflasi, ketika mengulas data inflasi terbaru negara itu yang meningkat kepada 4.2 peratus pada Mei lalu,
Kenyataan itu dibuat di Rumah Putih ketika rakyat Amerika berdepan peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga bahan api dan barangan harian.
Trump mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa kenaikan inflasi berpunca daripada konflik yang sedang berlaku dengan Iran dan gangguan bekalan tenaga global.
Beliau berkata situasi itu adalah sementara dan menjangkakan harga minyak serta inflasi akan turun semula selepas perang berakhir.
Trump turut mendakwa operasi Amerika Syarikat di sekitar Selat Hormuz membantu mengurangkan tekanan terhadap pasaran minyak dunia.
Menurut data ekonomi terkini, inflasi tahunan AS meningkat kepada 4.2 peratus pada Mei berbanding 3.8 peratus pada April.




