Malaysia
Selepas 33 tahun, Highland Towers bakal dirobohkan

Dua blok baki kondominium Highland Towers di Hulu Kelang, Selangor dijangka dirobohkan sebelum akhir tahun ini selepas Mahkamah Majistret meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Timbalan Presiden MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata keputusan itu membuka jalan untuk menamatkan kemelut yang berlarutan lebih tiga dekad sejak tragedi runtuhan bangunan tersebut.
Menurut beliau, MPAJ kini sedang menyelaras urusan dengan pemilik unit, wakil pemaju dan pihak insolvensi bagi memastikan proses perobohan dapat dilaksanakan secepat mungkin.



