Malaysia

DAP keluar kerajaan Melaka selepas isu ADUN lantikan

DAP Melaka mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri selepas pindaan perlembagaan membenarkan pelantikan sehingga tujuh ADUN lantikan diluluskan pada Selasa.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, dua Exco, dua timbalan Exco dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka akan meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan terhadap keputusan itu.

Seramai 23 ADUN menyokong rang undang-undang tersebut manakala lima menentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri Melaka. Khoo berkata, ADUN sepatutnya dipilih rakyat dan bukan dilantik.

Empat wakil DAP itu akan kekal sebagai ADUN tetapi akan duduk di blok pembangkang apabila sidang dewan bersambung pada Rabu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker