Malaysia
Empat ADUN DAP pindah blok pembangkang, kedudukan Adly Zahari jadi perhatian

Empat ADUN DAP Melaka hari ini mengambil tempat di blok pembangkang ketika persidangan DUN berlangsung, sehari selepas Pakatan Harapan (PH) Melaka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.
Bagaimanapun, ADUN Bukit Katil daripada Amanah, Adly Zahari, dilihat masih berada di blok kerajaan meskipun PH mengumumkan peletakan semua jawatan dalam pentadbiran negeri.
Perubahan susun atur tempat duduk itu mencetuskan persoalan mengenai kedudukan politik Adly selepas keputusan PH membantah pindaan Perlembagaan Negeri Melaka yang membolehkan pelantikan ADUN lantikan.




