Hiburan

Jangan serius sangat” – Nabil jawab kritikan, kata pengacaraan sekadar hiburan

Program realiti nyanyian Big Stage X Rocketfuel menjadi perhatian selepas gurauan pengacara, Nabil Ahmad terhadap salah seorang peserta mencetuskan kritikan penonton di media sosial.

Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 43, berkata perkara yang berlaku sepanjang program itu adalah sebahagian daripada persembahan dan persetujuan pihak produksi, bukan berkaitan hal peribadi.

Beliau meminta penonton supaya tidak terlalu serius dan memahami bahawa pengacaraannya hanya bertujuan menghiburkan. Nabil turut memilih untuk tidak melayan komen negatif.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker