Pesalah keganasan rumah tangga bakal ada daftar khas? Kerajaan sedang teliti cadangan

Kerajaan sedang meneliti cadangan mewujudkan Daftar Pesalah Keganasan Rumah Tangga (KRT) bagi merekod dan memantau individu yang mengulangi kesalahan itu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.
Beliau berkata cadangan itu sedang diperhalusi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak mahkamah bagi memastikan mekanisme yang sesuai dapat dilaksanakan.
Pada masa sama, Lim memaklumkan KPWKM memperuntukkan RM2.1 juta tahun ini untuk menaik taraf lebih 20 tempat selamat kerajaan bagi memastikan mangsa keganasan rumah tangga mendapat perlindungan yang lebih baik.
Sehingga Julai, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah meluluskan 43 tempat selamat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, melibatkan 39 premis kerajaan dan empat kendalian NGO.




