Malaysia

Kuil di Kangar diroboh walaupun diberi jaminan, kerajaan Perlis disaman

Jawatankuasa Kuil Sri Veeramakaliamman mendakwa kerajaan Perlis memberi jaminan tiada tindakan akan diambil terhadap kuil itu sehingga 31 Disember ini, sementara perbincangan lokasi baharu masih dijalankan.

Pengerusinya, P Sathesh Kumar berkata, jaminan itu diberikan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah ketika pertemuan pada 14 Julai lalu.

Bagaimanapun, kuil berkenaan dirobohkan pada 20 Ogos selepas pegawai penguat kuasa bersama jentera berat tiba di lokasi pada awal pagi.

Susulan itu, jawatankuasa kuil memfailkan saman sivil terhadap kerajaan Perlis, Pejabat Tanah Kangar dan Majlis Perbandaran Kangar. Kerajaan negeri sebelum ini menyatakan kuil itu dibina di atas tanah kerajaan tanpa kelulusan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker