Malaysia

Gempa bumi ‘rendah’ 3.4 magnitud gegar Temenggor, Perak

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12.06 pagi, 28 Ogos.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur, kira-kira sembilan kilometer timur laut Hulu Perak.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan gegaran dilaporkan dirasai di kawasan Gerik, Perak.

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan dengan teliti. Tiada maklumat mengenai kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker