Malaysia

Baca 14 jam tanpa henti, penulis cilik 10 tahun cipta rekod

Pada usia hanya 10 tahun, penulis kanak-kanak Malaysia, Aayushi Yeogeswaran, mencipta rekod selepas berjaya membaca buku secara lantang selama 14 jam tanpa henti.

Pencapaian itu melayakkan beliau menerima pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ bagi kategori ‘Longest Non-Stop Book Reading A loud by a Child’.

Aayushi menyelesaikan cabaran itu pada 14 Ogos, manakala pengiktirafan disampaikan pada 31 Ogos sempena ‘Selangor Children’s Literature Festival’ anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Shah Alam, bersempena Hari Kebangsaan.

Pada majlis sama, Aayushi turut melancarkan buku kanak-kanak terbarunya, ‘The Great Good Wolf’, yang mula ditulis ketika beliau berusia lapan tahun. Buku itu mengisahkan Wendy, seekor serigala yang mencabar stereotaip “serigala jahat” serta membawa mesej tentang keberanian dan kebaikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker