Malaysia

Hadi Awang gesa undang-undang kolonial dimansuhkan, mahu syariah diperkasa

Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa undang-undang yang diperkenalkan sejak zaman penjajahan British dimansuhkan kerana didakwa menjadi antara halangan pelaksanaan syariah secara lebih menyeluruh di Malaysia.

Beliau turut mengkritik Akta 355 yang mengehadkan kuasa hukuman Mahkamah Syariah, selain undang-undang sivil yang menurutnya masih mempengaruhi sistem perundangan negara.

Abdul Hadi berkata, Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya dilihat hanya dari aspek ibadah, sebaliknya sebagai cara hidup yang merangkumi undang-undang dan politik.

Beliau turut mengkritik DAP yang didakwa membawa pendekatan sekular, sambil menegaskan prinsip Islam perlu diberikan keutamaan dalam sistem perundangan bagi memperkasa pelaksanaan syariah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker