Hiburan

“Saya penat” – Ernie Zakri luah kecewa hasil kerja sering dipersoal

Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa penat apabila hasil kerja dan pencapaiannya sering dipersoalkan sesetengah pihak menerusi Threads.

Dalam perkongsian itu, Ernie berkata dia bukan kehabisan perkara untuk diberikan, tetapi letih apabila usaha yang dicurahkan masih dianggap tidak cukup. Menurutnya, setiap pencapaian kecil seolah-olah sentiasa diukur dan dipersoalkan.

Ernie turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum menilai seseorang kerana mereka hanya melihat hasil akhir, tanpa mengetahui malam tanpa tidur, tahun-tahun usaha dan perjalanan yang dilalui.

Katanya, dia sudah berdamai dengan hakikat bahawa orang akan bercakap berdasarkan apa yang dilihat atau diandaikan. Ernie juga memilih untuk terus berkarya tanpa terlalu memikirkan pandangan orang terhadap dirinya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker