Malaysia

Video anggota polis buka palang di Cyberjaya tular, polis beri penjelasan

Video berdurasi 39 saat yang memaparkan seorang anggota polis trafik membuka palang automatik di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor tular di media sosial baru-baru ini. Tindakan itu turut mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk dakwaan anggota polis berkenaan menyalahgunakan kuasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang Sabtu ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Sepang mengiringi konvoi rasmi Datuk Undang Luak Johol dari Plaza Tol Serenia menuju ke Tamarind Square.

Menurut beliau, palang automatik menuju ke laluan akses tingkat atas gagal dibuka ketika konvoi tiba. Anggota trafik kemudian menghubungi pihak pengurusan Tamarind Square melalui alat komunikasi di palang dan mendapat kebenaran untuk membuka palang secara manual bagi membolehkan konvoi masuk.

Norhizam berkata, anggota berkenaan turut diarahkan mengembalikan palang ke kedudukan asal selepas semua kenderaan konvoi melalui laluan itu.

Beliau menegaskan tindakan tersebut dibuat atas arahan pihak pengurusan dan tiada bantahan atau aduan diterima, manakala operasi mengiringi konvoi pergi dan balik berlangsung lancar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker