Malaysia

Pemandu lori bawa simen positif dadah, ditahan di Jitra

Seorang pemandu lori ditahan selepas positif dadah dalam Ops Bersepadu Khas Dadah Terhadap Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Jitra, Kedah, malam tadi.

Lelaki berusia 43 tahun dari Pendang itu, didapati positif methamphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah sekitar jam 10 malam.

Dia mendakwa mengambil dadah untuk memberi tenaga dan menahan mengantuk ketika memandu, ketika menghantar muatan simen dari Perlis ke Perak seorang diri.

Menurutnya, dia sudah mengambil dadah sejak beberapa tahun lalu dan baru bekerja sebagai pemandu lori dengan syarikat berkenaan sejak setahun lalu.

Dia turut berjanji untuk berhenti mengambil dadah dan mendakwa pengaruh rakan menjadi antara puncanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stien Van Lutam berkata, lelaki itu ditahan AADK untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker