Malaysia

30 kawasan catat IPU tidak sihat, Tasek Ipoh tertinggi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 11 pagi tadi.

Tasek Ipoh, Perak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 185, diikuti Seri Manjung (181), manakala Sungai Petani dan Pegoh masing-masing merekodkan IPU 160.

Antara kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan tinggi ialah Johan Setia (158), Seberang Jaya, Minden, Taiping dan Kuching (156), serta Cheras, Putrajaya, Nilai dan Serian (155).

Batu Muda merekodkan IPU 154, manakala Seberang Perai, Shah Alam, Batu Pahat, Jerantut dan Kuala Terengganu masing-masing mencatatkan 153.

Tanjung Malim pula merekodkan bacaan 152, diikuti Bukit Rambai (149), Kluang (146), Banting (142), Seremban (138) dan Bandaraya Melaka (134).

Petaling Jaya mencatatkan IPU 121, Kulim Hi-Tech (118), Alor Gajah (117), Tangkak (114) dan Segamat (112).

Dalam pada itu, 31 kawasan mencatatkan tahap sederhana, manakala enam kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik.

Antara kawasan dengan bacaan baik ialah Sarikei (50), Politeknik Kota Kinabalu (46), Keningau (45), Kapit (39), Sandakan (37) dan Kota Kinabalu (30).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker