Malaysia

PRN Melaka ke-16: Undi pos mula dibuka hari ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka permohonan undi pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 mulai hari ini.

Permohonan melibatkan Kategori 1A seperti anggota polis, tentera, petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR dan petugas media, selain Kategori 1B bagi warganegara Malaysia di luar negara serta Kategori 1C untuk agensi dan organisasi.

Semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian menerusi portal MySPR. Pemilih yang layak perlu mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos.

Dalam kenyataan media SPR Bil. 43/2026, Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus memaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan undi pos akan diumumkan kemudian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker