Melayu bukan pendatang – Ahli Akademik

Masyarakat Melayu tidak wajar dilabel sebagai pendatang di Kepulauan Melayu, khususnya di Tanah Melayu, kata Pengarah ISTAC-IIUM, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican.
Beliau berkata, label itu tidak tepat kerana mengetepikan sejarah, budaya dan hubungan geografi masyarakat di rantau ini.
Menurutnya, pergerakan masyarakat Melayu antara Malaysia, Sumatera dan Borneo lebih tepat dilihat sebagai sebahagian daripada tradisi merantau yang sudah berlangsung sejak berabad-abad, bukan penghijrahan berdasarkan sempadan politik moden.
Ahmad Murad turut berkata tradisi merantau juga diamalkan oleh masyarakat Cham. Beliau berkata demikian pada sesi “Membongkar Polemik Tanah Melayu” di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka, pada 26 September.




