
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menegaskan beliau tidak akan menarik diri daripada Anugerah Industri Muzik (AIM) kerana mahu menghargai usaha penggiat muzik di belakang tabir.
Beliau berkata AIM menjadi platform penting untuk mengiktiraf pencipta lagu, penulis lirik, penyusun muzik dan penerbit, walaupun dirinya sudah bergelar Biduanita Negara.
Siti berkata demikian selepas memenangi kategori Lagu Terbaik AIM25 menerusi lagu Pesanan Buat Diri, yang disifatkannya unik kerana menggabungkan irama asli dengan susunan muzik moden.




