Malaysia

Murid patah kaki dihempas ustaz, menang rayuan dan dapat RM47,000

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Yayasan Islam Terengganu (YIT) membayar ganti rugi RM47,000 kepada seorang remaja yang patah kaki akibat dihempas ke kerusi kayu empat tahun lalu.

Mangsa, Muhammad Izz Anaqi Mohd Izwan, kini berusia 13 tahun. Kejadian berlaku pada 6 Julai 2022, sekitar jam 3.30 petang di SK Tasek, Marang, ketika mangsa berusia sembilan tahun dan sedang mengikuti kelas KAFA.

Guru terbabit, Ahmad Mursyidin Abdullah, didakwa memegang, mengangkat dan menghempaskannya ke kerusi kayu.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah tulang tibia dan fibula kaki kanan serta kecederaan lain.

Dia tidak dapat berjalan, kakinya terpaksa disimen dan tidak hadir ke sekolah selama hampir tiga bulan.

Rayuan mangsa kemudian dibenarkan Hakim Yusrin Faidz Yusoff, selepas mendapati Mahkamah Sesyen sebelum ini terkhilaf kerana gagal menilai keterangan dua saksi mata serta laporan pakar perubatan.

Guru terbabit dan YIT diarahkan membayar RM30,000 ganti rugi, RM17,000 kos serta faedah lima peratus setahun, sehingga penyelesaian penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker