Tergendala tanpa exco, belanjawan 2027 Negeri Sembilan berisiko

Belanjawan 2027 Negeri Sembilan berisiko tergendala susulan ketiadaan barisan Exco negeri, kata Ketua DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar.
Arul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai berkata, isu utama ialah proses kelulusan belanjawan yang memerlukan persetujuan Exco sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.
Tambahnya, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, tidak boleh mengambil alih peranan Exco untuk meluluskan belanjawan atau perkara lain, kecuali dalam keadaan darurat. Beliau berkata, tanpa belanjawan yang diluluskan, timbul persoalan mengenai pembayaran gaji, bil utiliti dan perbelanjaan kerajaan negeri.
Negeri Sembilan tidak mempunyai barisan Exco sejak 20 September lalu selepas kesemua 10 anggota Exco dilucutkan jawatan kerana melanggar sumpah jawatan.
Tindakan itu dibuat susulan kenyataan mereka, lima hari sebelumnya yang menyokong pengisytiharan untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.




