
India antara tujuh negara yang sedang bersaing untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hari ini.
Selain India, negara lain ialah Jerman, Hungary, Qatar, Turkiye, Afrika Selatan dan Korea Selatan. Kesemua negara kini dalam rundingan awal dengan IOC, sebelum senarai pendek calon dijangka ditentukan pada Mac 2027.
India mahu menjadi tuan rumah Olimpik buat kali pertama, dengan Ahmedabad di Gujarat sebagai bandar yang dicadangkan.
IOC dijangka menamakan calon pilihan pada 2028, sebelum keputusan akhir dibuat pada pertengahan 2029. Negara lain yang berminat masih mempunyai sehingga 31 Oktober ini untuk mengemukakan hasrat.




