Malaysia

Lelaki maut selepas Hilux terjunam 100 meter, ditemukan dua hari kemudian

Seorang lelaki maut selepas Toyota Hilux dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat, Gua Musang. Kejadian dipercayai berlaku pada Ahad, 4 Oktober.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan kenderaan itu pada jam 4.30 petang, 6 Oktober. Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dasar gaung sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Menurut beliau, isteri mangsa memaklumkan lokasi terakhir mangsa dikesan melalui fungsi live location pada petang Ahad. Pada 6 Oktober, rakan sekerja mangsa pergi ke lokasi berkenaan untuk mencarinya sebelum menemukan Hilux tersebut di bawah cerun.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabas ketika memandu menuruni bukit dan tiada saksi melihat kejadian itu.

Mayat mangsa dibawa naik dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker